10/10/2014

Amalan Sunat Hari Jumaat

Salam Jumaat...

Harini buat ape?
Tak tau nak buat apa?
Jom kita buat perkara sunnah berikut:


Amalan Sunnah Hari Jumaat:

1. Potong kuku dan trim rambut-rambut pada badan. Pagi2 Subuh tadi ok la buat...

2. Membaca surah al-Kahfi - ustaz cakap 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi akan melindungi kita dari fitnah Dajjal. Bila dilihat tanda2 kecil kiamat dah hampir lengkap sepenuhnya, tanda besar akan muncul pada bila-bila masa je.. Tanda besar yang pertama ialah matahari terbit dari sebelah barat. Time ni pintu taubat semua dah ditutup. Taubat kita tak diterima dah lepas tu.. Oleh itu, jom la kita bertaubat setiap hari.. Kalo tetibe esok matahari muncul kot barat, naya je...

3. Mandi sunat Hari Jumaat - mandi ni disunatkan kepada orang yang pergi solat jumaat (maksudnya lelaki la kan), namun orang yang tak pergi solat jumaat (seperti wanita dan kanak2) pun bole mandi sunat ni. Caranya ialah niat "Sahaja aku mandi sunat Hari Jumaat kerana Allah Taala" pastu ratakan air ke seluruh badan (sama seperti mandi hadas). Waktu yang paling afdal ialah sebelom pegi solat Jumaat. Selepas selesai orang solat Jumaat, mandi tu tak dikira mandi sunat lagi - rujukan SINI

4. Bersiwak (memberus gigi) - yang ni hari-hari pun kita buat kan 

5. Memakai wangi-wangian - yang ni saya tak buat. Nampaknya kene start buat la..

6. Memakai pakaian yang elok - lebih afdal warna putih.. Erm, saya takde baju warna putih la.. Camana ni.. :(

7. Datang awal ke masjid untuk solat Jumaat - khas untuk lelaki.

8. Berjalan kaki ke masjid - khas untuk lelaki jugak.

9. Mendengar khutbah dengan teliti - La ni kita yang duk rumah pun bole dengar khutbah. Salah satu usaha yang dilakukan oleh Zon Kuliah ialah ceramah, kuliah dan khutbah secara live kat youtube. Yang rakaman punya pun ada.. Cuma Zon Kuliah ni beroperasi dari Penang (kalo tak silap), makan khutbah Penang la yang kita dengar. Takpe la mana2 pun, yang penting pengisiannya.. Jangan lupa LIKE Zon Kuliah kat Facebook dan Follow kat Youtube.. :>

10. Mencari Masa Mustajab untuk berdoa - hari jumaat ada satu waktu yang singkat dimana kalo kita berdoa time tu, doa tu akan dimakbulkan. Bilakah waktunya? Tidak diketahui dengan jelas (sama seperi malam Lailatul Qadar). Tapi pendapat yang paling kuat ialah:
  • waktu solat Jumaat
  • waktu antara khutbah pertama dan kedua
  • waktu terakhir selepas Asar
11. Memperbanyakkan selawat - saya pun selalu lupa berselawat. Jadi apa saya buat ialah pasang mp3 selawat time buat keje, jadi sedikit sebanyak terikut2 juga berselawat. Itu je yang mampu buat bagi saya yang alpa ni...

Jom..jom..jom...
Kita start buat harini.. Ada geng baru syok..

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Adbox