Silicon Valley

Salam..

Sekarang saya tengah addicted dengan Silicon Valley..



Yang tak bestnya, cerita dia hanya 30 minit seminggu..
Ya...
Tak best kan..

30 minit seminggu termasuk iklan adalah sangat tak best untuk citer yang sangat best ni..
Apapun ia tak sesuai untuk tontonan remaja dan kanak-kanak.
Itu pun dah banyak scene yang Astro potong..

Astro kan, scene lucah2 dorang tak potong..
Scene yang terlalu intimate tahap gaban baru dorang potong..
Rasanya citerni banyak mencarut kot.
Nak kata ada potong adegan sx, setakat ni takde pun mana2 karakter ada pasangan.
Semuanya bujang trang tang tang dan semuanya berkisar tentang kerja sahaja..
Cinta.. famili.. melankolik emosi.. takde..
Dan citer ni laju..
Ye la, setengah jam je pun..

Silicon Valley ni mengisahkan tentang Richard yang berjaya invent satu alogaritma, pastu syarikat Hooli claim yang benda tu dorang punya produk.

Pastu Richard takmo mengalah dan buka syarikat Pied Piper dan dalam proses fight balik kes kene saman dengan syarikat Hooli.
Richard ni pandai, tapi jenis introvert dan lurus.
Dan bila masuk dalam dunia korporat ni, dia jadi pening2 dan stress dengan situasi yang macam2 kat situ..
Kesian dia..

Dalam Season 2 ni, Pied Piper nak cari pemodal.
Tapi ramai pemodal menolak gara2 kes saman yang orang ramai sedia maklum tu.
Kemudian dorang terpedaya dengan satu company ni yang kata nak jadi pemodal dan Pied Pieper ter"bagi" sebahagian alogaritma kat company tu. 

Akhirnya dorang dapat sorang billionaire sebagai pemodal.
Tapi kemunculan billionaire ni hanya mengundang masalah.
Selain dari menyebok, membangga diri dan menghabiskan wang; tu je la dia buat

MAsalah asyik timbul dan timbul dan timbul gara2 sikap Richard yang terlalu lurus dan baik hati yang berada dalam dunia korporat yang rata-ratanya nak amik kesempatan dan mempergunakan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Di pihak Hooli pulak dorang tgh atur strategi macam mana nak menang kes saman tu.
Mereka rancang untuk pilih sorang pekerja yang bodoh dan naikkan pangkatnya banyak kali supaya dalam rekod nampak macma budak muda ni sangat bijak sampaikan layak utk naik pangkat sampai macam tu sekali.
Kemudian nak manipulate situasi menyatakan alogaritma tu dicipta bersama dengan budak tu dalam Hooli

Okay, kemudian Pied Piper nak sponsor satu syarikat minuman utk buat live streaming, bertujuan utk marketkan nama Pied Piper.
Disebabkan takde syarikan server nak bekerjasama, maka dorang buat server sendiri kat garaj rumah tu. Dan server tu memang tersangat power (tengok la sapa yang buat)
Ada sekali tu abes satu taman black out dan jirannya discover yg dorang berniaga kat umah tu (syarat penempatan kat situ tak bole berniaga - macma kat flat saya duduk ni la.. Wooo), dan ugut nak buat laporan.

Masalah berlaku apabila owner syarikat tu takmo letak nama Piep Piper kat paparan live streaming tu.
Bole pulak macam tu.
Syarikat besar kan, buat apa je yg dorang suka.
Dorang cakap, "kita buat ni dulu, nanti tengok la macam mana next time."

Richard takmo next time dan putuskan deal live streaming tu..

Disebabkan live streaming tu dah ready, dorang bersetuju dengan cadangan Jared utk bekerjasama dengan muzium buat live streaming telur burung.
Ada la 20 orang yg tengok live streaming tu (dalam seluruh dunia)
Ye la kan, telu rburung tak bergerak, sapa nak tengok..
Jared sorang je excited lebih2..

Pada hari live streaming syarikat minuman tu, dorang tengok live streaming tu berjalan seperti sediakala dan sponsored oleh End Frame.
Nama syarikat tu pulak sikit punya besar lagi kat paparan.
Tak aci betol.
Rupa-rupanya itu syarikat yang memperdaya mereka dan mencuri alogaritma haritu.

Richard tak puas hari lalu bawak geng dia confront dengan End Frame..
Orang macam Richard tu, confront macam mana la sangat..
Sampai sana mereka tengok company tu dah beroperasi dengan skala yang besar.
Pied Piper masih lagi beroperasi kat rumaBachman gara2 kekurangan wang..
JAngan sebut la tentang Billionaire tu, ntah hapa2 je dia tu..

Bila balik rumah, Gilfoyle hack (sebenarnya dia curi kertas yang ada tulis username dan password time ziarah End FRame siang tadi) ke sistem End Frame dan jumpa satu urusniaga dengan sebuah website lucah.
Mereka amik keputusan untuk dapatkan urusniaga tu dengan menawarkan kelajuan yang lebih tinggi..
Syarikat tu akhirnya bersetuju buat pertandingan..
Sape lagi bagus dorang akan pilih,..

Dalam tempoh tu, Richard jadi paranoid.
Dia rasa macam End Frame nak hack dorang balik.
Last2 dia buat beberapa kesilapan bersiri dan meletakkan Pied Piper dalam fragile..
PAdahal tak fragile pun, paranoid je lebih.
Haha..

Pada hari mereka upload video2 tu, secara tiba2 Billionaire tu datang nak raikan urusniaga tu.
Tapi Richard minta dia keluar sebab dorang tengah pulun upload beribu-ribu jam video ni.
Takmo silap sikit habuk pun.
Kan tengah bertanding..

Tengah2 bertengkar tu tetibe data yang mereka upload tu kene delete tiba-tiba dan keyboard dorang seakan2 locked.
OMG!
Ni mesti kene hacked dengan End Frame ni..
Beratus2 video lesap.

Rupa-rupanya botol arak yang Billionaire bawak tu tertindih kat butang"delete" lappy Richard.
Hampeh betol!
Akibatnya syarikat video tu marah sampai taknak cakap apa2.

PAda suatu haru, budak bodoh tu telah bg prototaip produk Hooli kpd Richard (sebenarnay drang berkawan, dan budak tu tak tau pun dia dipergunakan)
Richard ugut Hooli, nak dedahkan produk teruk tu kepada umum, kecuali Hooli gugurkan saman tu.
Dua2 taknak mengalah.
Akhirnya mereka bersetuju untuk buat timbang tara (macma perbicaraan kecik) kes saman tu..

Mereka dapat sorang lawyer yang hebat, dan Hooli sebenarnya takde apa2 kes pun ke atas Pied Piper.
Semuanya dibuat2 sebab nak hakcipta produk tu.
Tiba-tibe mereka terjumpa satu email yang menunjukkan Richard pernah run produk tu time laptop dia dibaiki kat kedai. 
Kalo tengah baiki, dia run kat mana?

Jawapannya, dia run dekat komputer Hooli
Dan satu perkara tu bole jadi penyebab utk produk tu jatuh ke tangan Hooli.

OMG! OMG!

Ketika perbicaraan tu, mereka berusaha utk tak sebut tentang email tu, kerana kebarangkalian pihak pendakwa tak tau adalah tinggi..
Namun ketika di kandang saksi, Bachman terlepas cakap pasal laptop yang dihantar baiki tu, dan pihak pendakwa terperasaan hal tersebut.
Akhirnya Richard mengaku di kandang saksi bahawa memang dia ada run sekali je kat komputer Hooli gara2 nak ubah satu block. 

Isnin lepas adalah episod akhir untuk season 2 ni..

Nak dengar tak?

Kebarangkalian utk Hooli menang adalah tinggi.
Gilfoyle begi idea yg Hooli tak dapat apa2 kalo takde apa2 dlm komputer tu
(Maksudnya delete semuanya)
Richard tak bersetuju kerana mereka berhempas pulas dia nak tengok sampai ke mana masterpiece dia ni akan evolve..

Time tu jugak Bachman amik keputusan nak jual rumah tu sebab fed-up kot..

Dalam proses timbang tara tu, Jared perasaan yang telur burung tu dah lama tak disinggahi oleh mak burung dan dia kol muzium utk confirm telur tu masih hidup ke..
MAsa tu la pihak muzium nampak sikit sangat viewer yg tengok, dan mereka amik keputusan utk tutup live streaming tu.

Staff yang ditugaskan amik semula kamera dari sarang burung tu telah terjatuh dan tersekat (maybe patah kaki kot); dan kamera tu betul2 amik shoot staff yang kesian tengah mintak tolong.
Kemalangan yang malang tu telah meningkatkan jumlah tontonan view, ditambah pulak dengan ribut yang muncul yg akan melambatkan proses penyelamatan.
Viewer meningkat dari 2 ribu, ke 20 ribu viewer dalam satu masa, namun gambar live streaming tu sangat smooth. 

Time tu baru orang ramai sedar bahawa hasil kerja Pied Piper sangat menakjubkan!

Jumlah viewer semakin bertambah apabila celebrity pergi tweet pasal video tu, dan mereka perlu tambahkan power server utk support jumlah tontonan yang terlampau ramai tu..
Semuanya jadi kacau bilau dan time tu Richard dipanggil utk keputusan timbang tara.

Mereka bertiga berhempas pulas kerana viewer dah masuk ke angka ratus ribu dan time tu pulak orang datang nak tengok rumah Bachman yg nak dijual tu.
BAchman tukar fikiran (takmo jual) dan tolong dorang buat coding utk dalam keadaan yang huru hara tu.

Akhirnya penyelamat sampai dan video tu ditutup.
Dorang rasa hepi sgt atas kejayaan yang besar tu.

Dalam sebutan kes hakmilik, hakim membuat keputusan bahawa Hooli layak mendapat hakmilik alogaritma yang dicipta oleh Richard. :(

Richard sangat terkilan dan terus texting Pied Piper yg lain utk delete semua sistem supaya takde satu apa pun akan jatuh ke tangan Hooli.
Dorang baca text tu dan rasa sedih sangat, tapi kene ikot cakap bos

Selepas siapkan kod utk delete sistem, masing2 sayang nak proceed lalu buat alasan nak minum bir dulu la, nak minum beer dengan lemon la, lemon ni lebam, nak lemon lain la dan duk kat sofa lepak2 sambil borak..
Sayang punya pasal kan.. :(

Dalam sebutan kes Pied Piper curi Jared pula (kerana Jared berhenti keje demi masuk keje kat Hooli); hakim membuat keputusan bahawa perjanjian tu tak sah kerana ia bertentangan dengan undang2 negeri tu. Maka, semua perjanjian staff Hooli tak sah, termasuk la Richard. 
Dengan itu, secara undang2nya Richard tak bekerja dengan Hooli dan alogaritma tu adalah milik Richard sepenuhnya..

Pied Piper menang!

Richard cepat2 kol geng2 dia supaya jangan delete.
Tapi..
Bateri phone kong!
Kunci kereta terjatuh dalam longkang.
Nak pinjam telefon, no tak ingat nombor..
(dulu zaman phone kat rumah dna public phone kita ingat lebih dr 20 no tepon kawan2 dan saudara mara kan..)
Pinjam phone orang hantar email, masuk dalam spam folder
Akhirnya dia naik bas dan berlari ke rumah.

Sesampai kat rumah, masing2 duk santai sambil minum bir.
Bila dengar bos dah balik, dorang cepat2 delete!
Ops...

Biasanya, plot twist kan..
Rupa-rupanya laptop hang.
Naseb baek tak sempat delete..

Memang sakit jantung aku episod akhir ni..

Ingatkan dah abes, rupanya belom tau..

Raviga (kot namanya) adalah salah sorang pemegang saham Pied Piper, telah membeli 2 saham dari Billionaire tak guna tu. 
Maka mereka ada 3 kerusi, Richard 1 dan Bachman 1.
Dengan kuasa majoriti mereka memecat Richard sebagai ceo syarikat yang ditubuhkan oleh Richard sendiri..

The End..

Kene tuggu season 3 pulak..
Aiyooo..
Mati katak la saya..
T____T

Ada dua karakter yang paling saya suka dalam citer ni; iaitu:


Jared 
Dia ni jaga akaun dalam Pied Piper
Merupakan manusia yang paling positif, lemah lembut, bersangka baik, lurus, betul bendul semua dia la..
Tapi orang anggap dia ni bodo je, sebab dia tak faham sindiran dan ingat semua orang cakap yang baik2 je.
KAdang2 dia nampak macam robot dan takde perasaan..
Sentiasa ceria dan excited
Beliau juga ada pengetahuan yang luas, bole kata semua benda pun dia tau..
Suka bagi explaination panjang lebar.

Korang kene tengok scene ni..
I think he did a great job



Satu lagi karakter yang saya suka ialah


Gilfoyle

Dia dan Dinesh merupakan software engineer (kot namanya) kat Pied Piper 
Tugas dia ialah buat keje kat komputer je..
Dan dia juga berjaya buat server sendiri dengan kelajuan luar biasa kat garaj rumah Bachman.
Gilfoyle ni tak banyak cakap
Tapi sesekali dia cakap tu, menyengat weh..
SAngat rasional, cepat faham dan sangat bijak.
Maybe dia ni genius kot..
Nampak luar biasa sangat karakter dia ni..
Dan dia la orang yang selalu bagi idea kepada penyelesaian masalah Pied Piper; lalu Richard dan yang lain2 ikot idea tu.
Dia nampak cam tak penting je, tapi penting sangat..
Pied Piper tak dapat jalan kalo takde dia ni..

Citer Silicon Valley ni tak banyak aksi, tapi banyak sangat skrip.
Kalo korang mengantuk tengok Explandables 2, citer ni sesuai utk korang.
Tapi kalo korang excited giler tengok Explandables 2, Silicon Valley maybe kurang sesuai utk korang..
Pastu banyak skrip yang kelakar dengan muka serius.

Season 3 nanti korang tengok ya..
Tak best la tengok sorang2.
Takde geng nak sama2 excited.

Wassalam...



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama