Shopping Yarn!

Salam..

Geram juga mengait dengan menggunakan acrylic yarn ni.
Selain mudah lerai/pecah/terbuka (tak sure term dia), hasil craft juga nampak kurang gebu.
Namun begitu yang bagusnya, benang ni murah.
Sesuai la untuk saya yang masih lagi belajar mengait.

Teringin pula nak crochet sarung bantal.
Tapi taknak la guna acrylic yarn, tak syok peluk.

Maka tershopping la objek seksi ini..


Seksi tak?
Haha

Benang kait putih dan oren tu jenis acrylic juga.
Warna putih dan oren dah abes, saja la alang-alang beli, beli je sekali..

Benang kait pink dan hijau tu jenis cotton.
Mahal!
Sayang nak guna..
Karang tak menjadi, sayang pulak..

Ini bukan la benang paling mahal yang saya jumpa..
Tapi kiranya mahal la juga bagi saya..
Saya ni kan berkira sikit..
Hoho..

Selain itu beli juga ni:


Jarum mengait jenis kayu (atau buluh? Tak sure..)
Ni pun sayang juga nak guna..
Terutama yang paling kurus tu.. Saiz 3mm...

Jaru mengait aluminium yang biasa saya guna, paling kecik saiz 2.5mm.
Nampak kuat je..
Kalo kayu ni, kejap je pakai dah patah kot..

Sebab saya ni mengait sampai sakit jari..
Saya macma terlalu beri tekanan pada jarum kait.
Kata orang mula-mula memang macam tu sebab tak biasa..
Mungkin dengan adanya jarum kayu ni saya akan belajar relakskan sikit jari ni..

Saiz paling besar pula 10mm.
Menarik ni.
Benang apa yang besar sampai macam ni..?
Mesti kejap je kait dah siap.
BApak best!


Dah buatkan baju untuk dorang..
Lepas ni takde la sejuk lagi tido malam..
Hoho...

Wassalam...
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

My New Hobby : Pixel Craft and Crochet

Salam..

Selain ber"felt craft" saya rasa makin seronok pula main pixel craft beads dan ber"crochet"


Pixel Craft ni lebih cepat siap, seronok menyusun beads tu satu persatu lepas saya penat buat kerja.
Hasil dia pun cute, buat hati rasa hepi je memanjang.

Nak buat pun senang...
Nak buat kecik-kecik macam heart kat atas tu boleh.
Nak sebesar pintu pun bole (takkan la kan. Haha)

Paling besar pun saya buat saiz pegboard yang besar tu.
Gambar hamtaro


Comel kan.. ^_^


Crochet pula sebaliknya consume so much time, terutama saya yang masih sangat-sangat newbie dalam bercrochet.
Jeles juga tengok crafter yang lincah betul tangan dorang mengait..

Saya mengait slow..
Lepas tu, selalu tertarik benang-benang lebih dan hasilnya kurang memuaskan.
Ntah la sama ada tak cekap, atau benang jenis murah, atau saiz jarum kain tak sesuai dengan saiz benang.
Kadang-kadang tu frust juga bila prose mengait tu tak smooth.

Walaupun begitu, yang bestnya mengait ni ialah tak bersepah macam felt craft.
Korang yang ber"felt craft" mesti faham maksud saya.
Saya ni suka berkraf, tapi bila nak mengemas tu, adoii, malas betul. Haha..

Lepas tu, felt yang kecik-kecik pun masih simpan, sayang nak buang.
Padahal dah kecik sangat kot, bole je buang..
Tapi simpan.. Sayang punya pasal..

Mula la banyak sangat remnant felt dalam kotak. Haha..

Crochet sikit je barangnya.
Cuma benang segumpal dua dan jarum.
Kemudian duduk la kat mana-mana yang disukai..
Betul tak..?

Lepas ni nak try amigurumi pulak..
Macam susah je..
Takpe, cuba!

Wassalam...
2 ulasan

2 ulasan :

Catat Ulasan

Video : Owl Pixel Crat (Perler Beads)

Salam.

New video uploaded.

Ini videonya.. 💖💖💖

Asma-Felt-Box Channel dah ada 803 subsribers.
Yay!

Views memang sikit je dapat kebelakangan ni, berbanding 40k views pada awal-awal channel tu dibina.
Kenapa ek?

Mungkin dulu tak ramai upload video kat youtube.
Sekarang dah crowded.
Video yang lebih berkualiti menjadi tumpuan ramai.
Mungkin juga algorithm dah berubah; tak transparent macam dulu.

Video ni semua saya amik guna camera phone.
Dan edit dalam phone juga.

Nak sediakan camera berkualiti, microphone berkualiti, lighting yang cantik, dan editing software yang nampak lebih pro, itu bukan bidang saya.
Tak pandai setting dan tak tau camana nak buat.. Haha..

Okay..

Saya dah lama sangat tak masuk facebook.
Facebook page tak updated.

Nak order, atau nak tanya korang whatsapp je saya kat 018-379 8330
PM tu lambat sikit nak reply.

Apapun, whatsapp saya tutup pada hari Sabtu dan Ahad.
Offday.

Jangan lupa subscribe channel saya tau.. ^^

Wassalam..
2 ulasan

2 ulasan :

Catat Ulasan

Paparan Baru Website

Salam

Ubahsuai website sikit 🙂

Okay tak macam ni?
Sebelum ni saya buat icon kategori tu segiempat sama dan tak ada caption; tapi paparan dia tak cantik bila buka kat phone.
Esoknya cepat-cepat saya tukar ke button bulat dan tambah caption.
Nampak okay sikit kan.

Ni paparan melalui phone


Sori, tak reti nak besarkan gambar.
Saya dah pun setting extra large dan original size, serta resize, namun ni gambar yang oaling besar boleh view bila tepek kat blog ni..

Tujuan letak icon kategori tu untuk memudahkan korang cari barang.

Kemudian kat bawah dia saya letak:
  1. 4 produk baru masuk kedai
  2. 4 produk best-seller
  3. 4 produk yang sebelum ni habis (atau low stok) kini dah restock
OKay tak macam ni?
Bagi feedback ya.. :>

Wassalam..
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Arkib