Update Projek Amal Granny Square

Salam.

Kini saya dah siapkan 29 keping granny square untuk projek amal tersebut.
Inilah dia. Yay!

Bangga jugak la saya.
Walaupun sebok layan baby yang semakin aktif, sempat jugak la selit-selit mengait.

Mengait ni memang kat mana² pun buat. Kat ruang tamu, kat bilik, kat dapur, kat beranda. Kebanyakannya kat depan tv la. Kadang tu baby mengesot menuju ke bilik, saya follow dari belakang sambil tangan terus mengait. Haha.

 Tapi kalo dia dah start minta perhatian, haaaa.....kene simpan la jarum dan benang tu.
Family first.

Selain dari curi masa mengait, yang buatkan projek ni lambaaaaaaat betul nak siap ialah requirement dia saiz perlu 5x5 inci.

Susah juga saya nak dapat saiz tu. Kebanyakannya dapat 4.5 inci je. 
Tu yang buka balik kait balik, buka balik kait balik.
Tu yang dapat buat sekeping dua je sehari.
Kadang tu dapat 5.5 inci pulak.
Hahahaha...

Kita budak baru belajar memang macam ni.
Belom dapat konsisten dengan tension benang tu.

Maybe juga sebab saya guna benang minlon. Dorang suggest benang nona. Benang nona mungkin lebih tebal kot. 
Kat area saya takde jual benang nona. Ntah la kenapa.

Ui, lama jugak ni nak sampai ke 100 keping.
Jangan putus asa. Chaiyuk²!

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Hot Mini Blower

Salam

Ada barang baru masuk.
Kali ni bukan barang untuk felt.
Ni barang untuk Shrinkles

Shrinkles tu apa ek..
Shrinkles tu plastik shrink yang kita masukkan dalam oven lepas tu dia jadi kecik tu.
Ada juga beberapa nama lain.
Saya panggil Shrinkles je la, senang sebut.

Barang yang support Shrinkles hari ini ialah:

Mini Hot Blower

Mini hot blower ni ialah alat pemanas macam hari dryer tu.
Oleh itu, selain dari masukkan plastik shrink ke dalam oven, korang bole juga guna blower ni.
JAdi tak perlu la susah-susah beli oven (kalo belom ada) pakai hot blower ni pun ok.

Cara nak guna senang je.
Plug in pastu on dan halakan ke plastik shrink.
Sebaiknya, pegang plastik shrink tu dengan penyepit, atau lidi ke, baru blow.
Jangan pegang ngan tangan, takot panas pulak.

Nak order?

Plastic shrink pula ada kat sini : http://asma-felt-box.com/collections/shrink-craft
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Kopiah Kait

Salam.

Sambil-sambil buat granny square untuk projek amal, sempat gak selit beberapa projek lain untuk menghilangkan kejemuan.

Tak tahu la korang camana..
Tapi saya memang cepat jemu bila hadap benda yang sama berulang-ulang.

Haritu adik saya ada request kopiah untuk putera kecik dia tu. Di kesempatan ini, saya pun try la buat. Dia nak kaler oren.

Selepas sehari suntuk mengait (bukan sepenuh masa la, ada baby kecik kan. Most of the time layan dia je la keje saya), akhirnya siap pun.

Comel tak kopiah ni? 
Try pakaikan kat anak.

Buat yang simple-simple je

Ni saya buat utk saiz kanak-kanak.
Tapi macam mana baby pun bole muat ni?
I is confuse.

Ni mesti sebab saiz benang dan saiz jarum.
Takpe, kalo dia tak muat pakai ni, saya akan buat lain.

Sebenarnya ni percubaan yang kedua.
 Percubaan pertama ntah hape² jadinya.

Ini la percubaan pertama.
Apa bendanya ni...?

Diagram ni dikongsi oleh ahli group mengait juga. Rupa² nya tak jadi kopiah. Jadi alas pinggan pulak.
Hahahahaaa..

Tapi penat mengait sampai jadi sebesar ni. Sekali memang salah pon.

Masa buat separuh tu dah rasa lain dah, tapi teruskan juga kot² lepas siap jadi ok. Rupanya tak.

Apapun, rasa hepi kerana berjaya buat walaupun sangat berhempas pulas.

Lepas ni nak buat kopiah untuk baby pulak.
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Restock Handphone Strap

Salam.

Stok hp strap dah sampai.
Ni warna-warna yang baru sampai.


Tiap kali sampai warna lain-lain.
Kali ni takde purple pulak.

Gambar ni diambil dengan background putih kertas A4. Tapi tak berapa nak putih je jadinya.

Biasanya hp straps ni saya akan gantungkan sekali dengan loceng. Bagi nampak meriah sikit.
Kalo korang ada beads bole juga gantungkan sekali dgn warna yang senada.

Nak beli, order je kat kedai online kraf asmafeltbox

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Instagram Khas Crochet

Salam.

Salah satu perkara yamg buat saya serba salah ialah mencampurkan hasil kerja crochet kat instagram asma-felt-box.

Obvious kot tu nama pun "felt" tapi asyik update pasal crochet je. Nak update pasal felt memang takde sebab tak buat apa² projek felt sejak mengandung haritu.

Projek felt agak messy, saya pulak malas kurang suka mengemas, dengan baby yang tengah aktif meneroka rumah ni, saya stop dulu production produk felt dan salurkan kegianan ni kepada mengait.

Mengait tak messy macam felt. Benang satu, jarum satu. Pergi mana² pun bawa tu je dalam box. Kadang tu dalam mangkuk 😅.

Rasa bersalah tu bukan apa. Kebanyakan yang follow IG tu adalah niche 'felt', tetibe yang banyak update crochet. Kalo saya pun, rasa boring juga kene follow benda yang kita tak minat. Tul tak..

Walaupun rasa bersalah tapi geram gak nak tampal hasil kerja kat instagram. Maka terhasil la akaun baru ini.

@jarijoget

Tengok tu, nama I Jon Kusyé kau..
Nak menyamar minah saleh la kononnya 😂.

Kat sini saya cuma update hasil crochet je. Mungkin juga work in progress dan hasil kraf lain lepas² ni. Tengok la camana. Biar masa yang menentukan...

IG asma-felt-box tu biar berkaitan dengan felt dan bahan kraf sahaja.

Okay, tu je nak cakap.
Bye...
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Beg Crochet

Salam.

Saya ada benang kait warna oren yang sangat banyak. Malangnya kualitinya sangat tak menyenanagkan hati. Benang tu cepat lerai dan sangkut² ketika mengait. Hasil kaitan pun jadi berbulu².

Minggu lepas saya nampak satu tutorial kat youtube cara buat beg crochet. Apalagi, saya pun guna la benang oren tu nak test menjadi ke tak buat beg crochet.

Lepas seminggu, inilah hasilnya!

Jadi la beb!

Walaupun jadi tapi sebenarnya saya tak pakai tutorial tu 100%. Banyak yang olah sendiri dan campur² dengan tutorial lain.

Ini serba sedikit caranya.
Saya tak tulis pattern tau, leceh juga nak tulis, masa pun sangat suntuk dengan baby kecik ni. Saya update bloh ni pun tengah malam lepas layan dia melalak tadi.

Mula² buat tapak beg tu saya buat bentuk oval dengan guna single crochet.

Lepas tu hujung oval tu saya buat slip stitch untuk bagi dia terletak/menapak.

Lepas tu buat double crochet sebagai dinding beg. Sebenarnya tutorial tu guna teknik lain tapi saya tak dapat tangkap. Bahasa dia pun saya tak tahu bahasa apa tu yang pening² lalat je tengok tutorial dia.

Saya buat 15 baris (dalam gambar ni baru 13). Rasa cam ok kot tinggi dia tu.

Pastu buat penutup dia guna double crochet jugak. Kat hujung tu decrease. Agak² je berapa baris.

Tali beg buat 2 utas guna double crochet. Saya buat sepanjang 30 inci. Macam terlalu panjang je. Lepas ni kene pendekkan sikit memandangkan takde adjustable ring tu.

Satu lagi tali guna teknik chain. Tali tu untuk jerut beg. Beg ni tak pakai zip.

Lepas dah cantumkan komponen tu, saya pakaikan magnetic button kat dia.

Butang tu saya coverkan dengan buat crochet bulatan yang simple ni. Mula² nak letak butang tapi butang tu tak kemas kedudukannya, maaih nampak besi belakang tu. Last² buat bulatan ni je.

Siap!

Comel tak?
Ya, saya tau warnanya tak sedap mata memandang. Cam saya cakap tadi, saya nak habiskan benang oren ni.

Saya ni rasa bersalah beli benang oren kalo yang ada ni belom habis lagi.

Berita baiknya, benang oren ni dah nak habis. Maka saya bole la beli benang oren. Yippi!

Kalo korang rajin sila la buat beg ni. Bole la pakai masa raya kan....
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Granny Square Untuk Projek Amal

Salam.

Saya join satu projek amal tau. Dorang nak kumpul granny square banyak² kemudian cantumkannya jadi selimut lalu disedekahkan kepada refugee untuk musim sejuk nanti.

Bila tau pasal projek amal tu, excited giler nak join.

Design dorang bagi. Ada beberapa pilihan tapi saya buat yang senang² je.

Jom tengok granny square yang telah saya siapkan setakat ni :


Ni warna yang paling saya suka setakat ni. Inspirasi dari warna unicorn. Comel kan...






Setakat ni saya dah siapkan 19pcs granny square. Target nak buat 100 keping sebelum ogos ni.

Kalo buat 3 keping sehari sempat kot, tapi setakat ni 2 keping je mampu. 3 keping tu dapat kalo pakasa siri, tapi penat badan.

Bukan penat apa, sambil layan anak kecik ni kan.

Budak kecik ni tak bagi mama pegang jarum, pegang phone. Dia suruh pegang dia aje.....

Okay,
Buat granny square design yang saya pilih ni senang je rupanya. Cuma yang tak sennag ialah nak paatika a saiz dia 5 inci. Saya selalu dapat 4.5 inci. Terpaksa alter balik. Tu yang macam lambat je siap.

Saya guna benang minlon. 
Benang minlon ni masalahnya setiap warna dia tak sama tekstur dan saiz benang. Memang mencabar nak siapkan.

Dorang suggest benang nona, tapi kat tempat saya takde pulak benang tu. Ushar online tapi rambang mata nak pilih warna apa. Oleh itu saya guna dulu la benang yang ada ni. Nanti mood datang baru shopping benang.

Benang yang ada.

Okay la. Nak sambung buat granny square ni. 

Sape nak join projek ni, bole email atau wasap saya. Nanti syaa forwardkan infonya.

Wassalam..
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan