New Arrival : Safety Eyes

Salam...

Korang selalu tak guna safety eyes..?
Safety eyes tu ialah mata anak patung yang bulat hitam macam paku dan kat belakang dia ada washer yang digunakan untuk fasten eyes tu supaya tak bergerak.

Sebelum ni Asma-Felt-Box ada 2 saiz safety eyes iaitu 10mm dan 12mm.
Atas permintaan saya tambah lagi 2 saiz menjadikannya 4 saiz untuk korang pilih.

Safety Eyes

Saiz Safety Eyes
Saiz Safet eyes yang available : 6mm, 8mm, 10mm dan 12mm

Kat bawah ni close-up dorang

safety eyes 6mm

Safety eyes 8mm

Safety eyes 10mm

Safety eyes 12mm

Amacam seronok tak..
Bole dapatkannya kat website asma felt box.
Nak whatsapp pun bole.

Wassalam..

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Making DIY Thank You Card

Salam..

Selain jual online saya pun shopping online tau..

Haritu saya ada beli sesuatu kat Shopee..
Bila barang tu sampai, barang tu diselitkan sekali dengan TQ Card.
Baru sedar, dah lama sangat tak bagi TQ card kat customer..

Dan dan tu juga la saya buka laptop dan buat satu design TQ card yang simple..
Terus print dengan kertas kaler-kaler..
Dan hasilnya...

Tada!
Ni belom siap potong lagi ni..
Tak sabar punya pasla, ambil gambar dulu..

Design pun simple-simple je..
Kita mana la pandai design..
Dari dulu lagi nak belajar Photoshop tak pandai-pandai.
Pandai guna Photoscape je..

Mana Thank You nya,..?

Thank you dia ada kat bahagian belakang..
Saya tulis tangan berserta nama pembeli..

Okay kan macam ni..
Jimat kos..

Lagi satu kalau order pun, biasanya warna tak sama dengan design yang saya buat...
Kenapa ek..
Kalau tak silap, ada kaitan dengan kod warna..

Laptop ni guna warna RGB.
Printer guna CMYK.
Ada nampak macam converter warna dia.

Tapi saya pun tak reti juga bab bab ni..
Bila print sendiri guna laptop dan printer sendiri baru warnanya okay..

Walaupun tak 100% sama, tapi puas hati..

Nanti dah habis kita print lagi..

Wassalam...
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Warna Baru Snap BUtton

Salam..

Saya dah selesai berpantang..
Yeah yeah!

Dalam tempoh berpantang tu rasa geram je nak start niaga balik..
Tapi tak bole..
Kene banyak baring dan jaga baby.

Sekarang baby dah nak masuk dua bulan..
Dia masih banyak tidur, tapi malam berjaga dan bunyi-bunyi sampai la pukul 4-5 pagi baru dia tidur.
Saya pun tak pasti kenapa dia bunyi-bunyi waktu malam.
Kadang-kadang nanges.
Bila nanges tu, saya stress la..
Sekarang tengah cari jalan supaya dia tak nanges malam..


Sebenarnya dalam tempoh 9 bulan mengandung dan bersalin ada banyak perkara berlaku, tapi takde mood/malas/tak sempat nak tulis kat blog dan upload kat IG.

Tunda tunda tunda...
Akhirnya bila berkesempatan menulis, lupa dah nak tulis apa..

Apapun, harini nak bagitau bahawa Snap Button dah tambah warna-warna baru..

Snap Button
Inilah warna snap button yang comel-comel sangat.
Nak buat apa dengan snap button ni...?

Saya suka pasangkan kat purse dan bag.
Ada juga yang pasang kat pakaian bayi dan kanak-kanak.

Kat bawah ni pula alat pemasang dia..


Cara nak pasang pun tersangat la senang..
Tengok Tutorial Cara Pasang Snap Button kat SINI

Dapatkan semua ni kat asma-felt-box.com

Eh, kejap je kan dah nak sampai ke penghujung 2018.
Ke manakah hilangnya masa itu..?

Macam mana pula dengan Visi dan Misi 2018?
Adakah berjaya...?
Atau kurang berjaya..?

Hujung tahun nanti baru check.
Buat masa ni sempat lagi nak catch up (kalau rajin.. Huhuuu)

Sape yang nak join Giveaway bulan ni, masih berbaki 3 hari lagi..
Join cepat kat instagram.com/asmafeltbox

Wassalam...

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

November Giveaway!

Klik gambar untuk menyertai

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan