Craft Supply : Butang Kayu Panjang

Salam...

Barang baru! Barang baru!

Butang Kayu Panjang saya namakan dia..

Butang kayu panjang warna krim

Butang kayu panjang warna burgundy

Sorry..
Sebenarnya saya sendiri pun tak tau nama dia apa..
Jadi bagi je nama butang kayu panjang.
Ya, memang tak kreatif. 😃

Butang ni saya beli untuk buat projek beg crochet.
Rasa macam comel kot letak kat beg..
TApi tak tau la bila nak start je projek tu. Hahaha..
Rancang macam-macam, buatnya ntah bila..

Butang ni besar juga tau..
Panjang dia 3cm (30mm), lebar dia 1cm (10mm)
Ada dua lubang..
Lubang dia pun besar, dalam 4mm.
Kalo korang na buat drawstring bag, tali yang kurang dari 4mm sesuai la dimasukkan..

Ada dua warna untuk dipilih..
Warna cream dan coklat gelap (burgundy)
Saya suka warna cream ni..
NAmpak suci je.. :D

Selain letak kat beg macam tote bag dan sling bag; boleh juga letak kat drawstring bag, bagpack dan feedbag..
Pendek kata macam beg jerut gitu..

Boleh order kat website saya kat SINI
Atau whatsapp 018-379 8330

Wassalam

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Craft Supplies : Tiny Buttons Flower, Star and Love Shaped

Salam..

Bila buat tajuk je mesti Bahasa Inggeris.
Ntah la..
Rasa macam senang kot..
Hahaha...

Okay, ada barang baru ni taw..
Apakah itu..?

Tiny BUttons!
Tiny Buttons!!!

Kenapa nama dia tiny buttons?
Sebab butang ni kecik sangat.
Diameternya cuma 6mm...
Keciknyaaa

Nak buat apa dengan Tiny Buttons ni?

Cantik tau letak kat atas donut dan cupcake..
Konon-konon sebagai sprinkle toping la..

Lepas tu buat bunga kecik-kecik dari kain felt tu, letak butang ni kat tengah-tengah.

Untuk huruf-huruf felt yang kecik yang korang potong sendiri tu, huruf-huruf berlubang seperti A, B, O, R macam tu, tak perlu susah-susah figure out macam mana nak tebuk lubang dia..
Jahit je tiny buttons ni kat area lubang tu. Siap!

NAk lebih kreatif, susun butang-butang kecik ni supaya jadi huruf ke, nama ke, bentuk ke.
GUna banyak la butang ni..
Tapi cantik tau!

Sebelum ni ASMA FELT BOX cuma ada tiny buttons bentuk bulat je kan..
Kali ni dah masuk 3 jenis bentuk lagi!

 Tiny Button flower (bentuk bunga)

 Tiny BUtton LOve (bentuk Heart)

Tiny BUtton Star (bentuk bintang)

Menjadikannya ada 4 jenis butang kecik kementot yang kiyut giler ni.

Seronok tau tengok butang ni.
Rasa nak gigt-gigit je..

Dapatkan Tiny BUtton ni kat SINI
Atau whatsapp saya kat 018-379 8330

Wassalam
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Learning Amigurumi

Salam..

 Apa itu Amigurumi?


- Ami = crochet
- Nuigurumi = plushies atau anak patung yg kita sumbat kapas di dalamnya.

Amigurumi bermaksud = Anak patung Crochet

Itu la kiranya bahasa kampung saya. Haha.

Okay, ni first time saya ber"amigurumi".Tengok la tu, mengada kan..
First time buat pun buat benda besar.
Yang kecik-kecik taknak. Haha..

Pening juga amigurumi ni.
Kena kira stitch.
Banyak kali juga la saya re-count dan buka balik sebab tersilap counting.
Ntah camana otai boleh relax je buat benda ni.. 😂😂😂

Nampak je kecik kan, tapi penat wei nak siapkan..
Mungkin kerana saya mengait lambat..
Ada tengok video orang putih tu, sikit punya laju lagi dia mengait.
Jeles I taw..


Rupa-rupanya amigurumi ni cuma perlu tau beberapa jenis stitch je.
1. Single crochet
2. Increase
3. Decrease

Itu je 3 benda..
Selebihnya ialah tahap kreativiti, fokus dan kesabaran..
Haha... Betul-betul menguji kesabaran.

Lepas dah siap satu bahagian, kene stop dan buat bahagian lain..
Gambar di atas tu bahagian kepala dia..

Dah siap semua bahagian baru kita cantumkan bahagian-bahagian tu.
Sama ada dengan yarn dia sendiri, atau benang jahit biasa, ataupun glue gun..
Glue gun senang sikit sebab nanti dia terletak elok je..
Yarn dan benang kene pandai bajet, sebab lepas jahit nanti dia senget-senget pulak..

Yang ni saya nak buat amigurumi baby tidur.
Ingatkan kecik, rupanya besar juga la..
Sepatutnya saya kene start dengan projek 1 benang je dulu..
Tapi mengada pergi terus ke advance.
Haa.. kan dah overwhelm ..


Bila dah siap bahagian-bahagian ni baru saya sedar warna cream dah abeh..
Aiyooooo!
Ingatkan cukup.

Malas betul nak pi cari benang.
Apa kata kita tinggalkan projek ni dan buat projek lain.
Aci tak?
Huhu...

Wassalam..
2 ulasan

2 ulasan :

Catat Ulasan