Peniaga Online Penipu

Salam..

Saya nak clear phone lalu ternampak satu whatsapp yang menyakitkan hati.
Sebelum clear saya nak share kat sini sebagai pedoman korang semua.

Pak mertua saya minta belikan minyak serai wangi jenama Nusantara yang hanya boleh dijumpai kat Langkawi.

Cari-cari online akhirnya jumpa seller yang jual minyak ni secara online.
First time beli 1 dozen.
Barang selamat sampai, Alhamdulillah..

Setahun kemudian, pak mertua sekali lagi minta belikan kerana bekalan haritu dah habis.

Saya pun hubungi seller tu sekali lagi.
Kali ni kami beli sekali dengan minyak.

Inilah perbualan kami melalui whatsapp:

Gambar tu dah blured sebab dah clear dari phone.
Naseb baek saya ada transfer ke laptop.

Ni gambarnya:



Yang pink tu ialah alamat rumah kami.
Malas nak tunjuk kat semua orang.



Sampai sekarang tak dapat tracking number.
Sampai sekarang tak reply.
Sampai sekarang barang tak sampai.

Akhirnya kami pergi bercuti ke Langkawi semata-mata nak cari minyak Nusantara ni
Best kan. 
Hahaha..

Sakit hati tu memang la, hari-hari duk tunggu barang sampai.
Hari-hari duk tunggu tracking number.
Kalo korang tengok tarikh dan masa tu, lama gila tunggu reply.

Tapi yang paling menyedihkan ialah dia akan dibakar api neraka semata-mata kerana RM80.
Dan stranded lama kat Padang Masyar semata-mata mencari saya nak minta halal RM80.
Tak berbaloi langsung.
Dengan aku-aku sekali stranded tunggu dia menjumpai aku.
Menyusahkan betul la semua ni..

Lupa pula, no tepon dia ialah 017-489 4914
Apapun, no tepon ni boleh tukar kan..
Kalau dah penipu tu, takkan pegang no yang sama lama-lama.
Betul tak..

Okay la, saya nak clear phone dan meneruskan hidup seperti sediakala.
Semoga dia insaf sebelum meninggal dunia.

Wassalam..
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Tutorial : Cara Buat Bantal Felt (video)

Salam..

Bantal felt adalah order yang paling laku di asma-felt-box.
Cara nak buat pun senang je, cuma makan masa.
Apapun yang susahnya bantal felt ni ialah design yang diminta oleh customer.
Ada yang minta design Upin Ipin, design Ben10, design Minion.
Semua design tu tak boleh la uploaded sebab dah copyright kan..

Haritu saya jual keychain Domo-Kun, dah kena tegur dengan NHK.
Huhuhu..
Kecut gak perut.
Dia cuma tegur la bagitau design tu copyrighted dan minta saya keluarkan dari listing.

Sejak haritu saya takut nak letak apa-apa handmade yang copyrighted.
Walaupun sayang tak dapat nak tunjuk kat korang semua.
Sob sob...

Okay la..

Harini nak share dengan korang tutorial cara buat bantal felt corak love.
Ini design yang paling senang dalam dunia.
Dan jangan terkejut, ramai yang order design macam ni.

Jom.
Saya dah buat video korang boleh tengok.
Video ni pendek je..

Walaupun pendek, bercinta gak nak siapkan T__T
Enjoy <3



Saya guna acrylic felt untuk pillow ni.
Benang tu guna benang jahit biasa je.
Benang cross-stitch pun bole, cuma mahal la sikit.

Semoga bermanfaat!

Ada nak request apa-apa tutorial ke?
Tulis kat komen bawah, nanti saya buatkan  ^^

Wassalam...
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Rutin Harian Saya sebagai Craft Maker dan Craft Supplier

Salam..


Ada yang tanya kenapa waktu online asma-felt-box hanya dari pukul 11pg hingga 4ptg?
Kenapa tak online dari pagi hingga malam?

Jom saya share rutin harian saya..

Pagi :
  • Making pending handmade order sehingga pukul 11 pagi
11 pagi :
  • Start online
  • Reply whatsapp, pm, dm, chat dan semua order yang masuk
  • Packing order(handmade dan craft supply)
4 petang :
  • Offline
  • Pos barang
  • Ada waktu pos pukul 6 petang time banyak order
8 malam :
  • Buat content untuk blog dan social media
  • Kemaskini akaun, stok
Sabtu Ahad :
  • Cuti  (offline dan tak pos barang)
  • Making pending order
  • Bersantai dan berhobi

Itulah rutin harian saya yang tak seberapa.
Time making craft tak boleh online, nanti lambat siap.

Sebelum ni pun saya multi-task; buat dua kerja dalam satu masa.
Pengalaman mengajar saya, fokus pada satu kerja dalam satu masa adalah lebih produktif dan hasilnya lebih kemas dan teliti.

Sekarang saya cuba ikut jadual di atas, hidup pun rasa lebih teratur.
Namun begitu ada juga waktunya tak ikut. Haha.

Rutin harian korang pula macam mana?

Bye..

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

IG Stories Dec week 2

12 dec

13 Dec
  











Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Kenapa Saya Suka Felt Craft

Salam..

Dah dah masuk tahun ke-8 saya berkecimpung dengan felt craft.
Tak sangka boleh bertahan selama ni (takde la lama sangat pun..)

Dari felt craft, perlahan-lahan try pixel craft dan kemudian shrink craft.
Shrink craft best tau, malangnya saya tak pandai melukis..
Banyak la hasil yang tak sedap mata memandang.
Itu menyebabkan saya try belajar melukis, tapi tak pandai juga.
Hahaha...

Kenapa saya suka felt craft?

Pertama sekali saya jatuh cinta dengan kain felt ni apabila tengok saya tak perlu fikir tentang basi jahitan!

Oh my God!
Teruja giler time tu..

Semasa belajar menjahit dengan ibu, banyak kali sangat saya tersilap kira basi jahitan..
Tak tahu la kat mana silapnya..
Ukur tu betul dah, siap buat garisan lagi, tapi bila dah jahit tak jadi ukuran yang kita nak.
Terkecik la, terbesar la..
Nak tetas balik..?
Malas aku!

Dengan felt craft, kalau saya nak benda tu saiz 10x10; potong la 10x10, akhirnya akan jadi 10x10 juga.
Itu la yang buat saya gembira sangat.

Pendek kata, kalau saya imagine rupa dia macam gitu; hassilnya akan jadi macam gitu..
Kalau tersilap pun, boleh gostan cepat sebelum terlambat.

Sebab yang kedua ialah colourful!

Kalau diikutkan felt ni ada sampai beratus-ratus warna.
Saya cuma guna 30 warna polyester dan 25 warna acrylic.
Itu pun bukan semua guna..

Matching-matching warna tanah dan warna corak ni satu terapi.
Termasuk la matching warna benang lagi.
Huhuhu...
Habiskan masa berjam-jam matching pun tak apa..
Rasa macam hilang masalah dunia dan dapat tidur dengan aman..

Sebab yang ketiga ialah from nothing to something

Maksudnya daripada sekeping berubah menjadi apa sahaja bentuk yang kita kehendaki.

Sebenarnya semua jenis craft pun kita buat from nothing to something.
Tanah liat, kain pasang, kertas, barang recycle dan sebagainya.
Cuma rasa excited semacam je bila dapat guna kain felt yang sekecil 5x5cm yang boleh dibuang tu menjadi sesuatu yang berguna.
Contohnya ubah jadi brooch jadi bookmark, jadi daun-daun kecil kat bantal, jadi bintang-bintang kat diary.
Pendek kata asalkan kita creative, ita boleh ubah apa saja from nothing to something!

Sebab yang keempat ialah affordable (mampu milik).

Untuk start buat felt craft ni, at least yang kita perlukan ialah:

  1. 10 warna felt saiz A4 : RM11
  2. Gunting : RM1
  3. 5 warna benang : RM4.25
  4. Jarum jahit : RM0.80
Jumlah : RM17.05 + RM7.20 (poslaju)

Dengan hanya nilai ini kita boleh buat dalam 5-20 jenis benda.
Kalau buat bekas phone dah dapat 5 biji.
Kalau buat bookmark boleh dapat 20 biji

Tak affordable ke harga tu..?

Dari situ, perlahan-lahan kreativiti kita meningkat.
Nak buat brooch, cari brooch dan butang.
Nak buat keychain, cari keychain dan poly-fiber.
Nak buat kawaii karakter, cari brads atau safety eyes.

Pendek kata, siapa-siapa pun mampu nak jadikan felt craft ni sebagai hobi

Sebab yang kelima ialah dapat jana pendapatan.

Semasa saya start jual felt craft ni pun suka-suka je.
Dah buat banyak keychain, tak dapat nak guna semua jadi jual la..
Lagi banyak terjual, lagi banyak benda baru saya boleh buat.

Ingat lagi semasa yang buka booth kat Kuantan dulu tu, organizer tu cakap apa kat saya?
"Asma jual benda mengarut ni pun laku ke.?"
Sakit hati tapi senyum je la..

Walaupun jualan tidak begitu memberangsangkan; tapi tempahan cukup memberangsangkan sampai tak sempat nak buat barang baru untuk display setiap minggu.
Maksud saya, pengunjung yang tengok bantal felt tu tak beli pun bantal tu, tapi dorang request bantal design lain; next week dorang datang amik.
Jadi nampak macam tak bergerak pun barang-barang kat atas meja saya tu..
Itu la agaknya organizer berusaha nak halau saya tu gamaknya..

Walaupun craft saya ni nampak mengarut dan tak laku, setiap minggu pun saya bayar sewa yang boleh tahan la tingginya berbanding crowd yang hadir.
Kenapa?
Seperti point no. 4 tadi, affordable..
Kos bahan mentah untuk buat satu benda tu rendah, yang mahalnya ialah kreativiti dan tenaga kita yang buat ni..

Walaupun harini cuma dapat RM100, kos bahannya cuma RM10, lagi 90 ialah upah kita dan untung.
Dari situ saya boleh adjust bayar RM40 utk sewa booth sehari.
Jadinya untung dan upah saya ialah RM50.
Memang sikit, tapi mampu la untuk bertahan masa mula-mula tu, sementara tunggu nama brand kita naik.

Berbanding dengan peniaga lain yang dapat jualan RM100, kos barang RM50, sewa RM40.
Jadi dorang untung RM10.
Mana tak sakit kepala..

Benda macam ni saya malas nak cerita kat semua orang.
Saya ni bukan pandai pun.
Bila saya bercakap, takde siapa peduli.
Ye la, rupa pun macam kampung dan tak meyakinkan..
Lain la pakai kot, rambut pomade, misai cokeng , kunci kereta BMW, baru la orang yakin.
Ye dak..?

Korang yang nak jana pendapatan dengan felt craft ni, saya sarankan korang buat beberapa sample dulu.
Bila orang tempah, minta bayaran pendahuluan 50%, kemudian baru la beli bahan-bahan secukupnya untuk tempahan tersebut.
Tak perlu beli stok banyak-banyak, nanti ada warna dan bahan yang jarang guna, sayang je..

Okay..
Itulah 5 sebab Kenapa Saya Suka Felt Craft.

Walaupun felt craft ni nampak mengarut, tapi saya masih dapat tempahan sampai sekarang (7 years).
Mengarut kan...

Wassalam...

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Tutorial Cara Buat Cable Holder dengan Perca Felt

Salam..

Korang yang aktif berfelt tu pasti adalah masalah yang sama dengan saya

iaitu:

Perca Felt!

Nak buang sayang..
Nak guna kecik sangat la pulak..

Pastu simpan dalam kotak, tak pun bag, tak pun plastik bag dengan niat nak guna in case ada projek kecik-kecik.
Lepas tu...hahaha...takde pun projek kecik-kecik tu..

Setahun kemudian, eh, baru teringan perca felt haritu..
Nak buang?
Masih lagi sayang.. Huhuhuuu...

Kepada korang yang tak tau nak buat apa dengan perca felt tersebut; kat sini saya tunjukkan satu idea:


Comel tak idea ni.
Saya guna acrylic felt dan snap button.
Senang giler je buat dia.

Boleh buat banyak-banyak untuk kegunaan sendiri.
Atau jual satu pek 5pcs warna campur-campur, jual kat event atau kawan-kawan.
Tak pun buat doorgift kenduri ke, baby shower ke, bithday ke.

Dari terbuang kain felt tu, dapat la juga beberapa puluh ringgi.
Boleh beli topup, isi minyak motor, bayar parking ke.
Betul tak cakap saya..

Semoga bermanfaat ^^

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

My InstaShop

Salam...

Asma Felt Box dah bina InstaShop 💖

Instashop yang dimaksudkan disini bukanlah instagram yang menjual barang.

Tetapi ia adalah page yang dikhaskan untuk pengguna/folllower instagram yang berminat dengan produk yang ditawarkan di instagram seller.

InstaShop ni masih lagi asing di Malaysia, tapi kat luar negara dah start trending tau.
Setakat ni belum jumpa lagi seller Malaysia menggunakannya.
Mungkin ada cuma saya masih belum jumpa.

Ataupun buyer Malaysia lebih suka Whatsapp, so seller pun malas nak setup satu.

Apa itu InstaShop?

Kalau korang tengok kat akaun instagram tu kan, kat Bio tu boleh letak satu link.
Link tu biasanya orang letak apa?
Website, FB,whatsapp link dan sebagainya kan..

Trending kat luar negara sekarang ni (ketika artikel ini ditulis); dorang tak letak ketiga-tiga tu;
tetapi dorang letak link khas untuk pembelian customer dari instagram.

Camana tu?

Meh saya tunjuk contoh.


Ini adalah akaun instagram asma-felt-box.

Kat bio tu biasanya saya letak link ke website utama.
Kali ni dah tukar. Saya letak link khas ke InstaShop
Klik situ dan korang akan dibawa ke sini:



Nampak tak..
Gambar-gambar di link ni ada similarity dengan gambar-gambar di instagram saya.
Kenapa macam tu ek..?

Contohnya, jika korang browsing IG saya lalu terpikat kat perler beads owl tu dan teringin nak buat sendiri; korang cuma perlu :

1. klik link kat bio (IG)

2. klik gambar owl tu (Instashop)

Kemudian:



Tara!
Terus sampai ke page perler beads, tak perlu tercari-cari dah.

Canggih tak?
Huhuhu...

Ini belom cukup canggih tau..

Kat luar negara dorang punya sistem lagi canggih..
Sistem yang khas untuk InstaShop.

Contohnya website Princess Polly dan Simmi
Cuba tengok macam mana dia punya sistem.
Cantek kan.. ^^

Kat Malaysia ni saya cari tak jumpa lagi.
Terpaksa la buat manual kat website tu.
Penat sangat, tu pun banyak lagi tak siap.

Kepada korang yang berniaga di instagram dan belom ada instashop tu bole start buat.
Ia memudahkan customer buat pembelian.

Semoga upgrade asma-felt-box ni dapat memudahkan korang cari barang..

Wassalam
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Arkib