Plastik Self Adhesive

Salam.

Plastik Self-Adhesive dah masuk dalam website.
Patut la customer duk tanya je, rupa-rupaya belum masukkan. Hihi.. Sori..

Plastik self-adhesive masih ada ada 6 saiz iaitu:

Plastik self adhesive 4x10cm
Plastik saiz 4x10cm
Saiz dalamnya ialah 4x5.5cm
Sesuai untuk masukkan brooch kecik atau baby brooch

Plastik self adhesive 6x13cm
Plastik saiz 6x13cm
Saiz dalam 6x9cm
Untuk letak keychains dan brooch besar

Plastik self adhesive 7x14m
Plastik saiz 7x14cm
Yang ni lebih kurang macam sebelumnya.
Cuma dia gemuk sikit dan pendek sikit.
Saiz dalam dia 7x8.5cm
Sama juga untuk letak keychain dan brooch besar

Plastik self adhesive 7x26m
Plastik saiz 7x26cm
Plastik ni lebar dia sama dengan yang atas tadi
Cuma dia panjang
Saiz bahagian dalamnya 7x21cm
Sesuai untuk letak jewellery seperti gelang dan rantai

Plastik self adhesive 10.5x20cm
Plastik saiz 10.5x20cm
Saiz dalam dia 10.5x14cm
Untuk taruk purse better guna plastik ni.

Plastic self adhesive saiz 16x26cm
Plastik saiz 16x26cm
Bahagian dalamnya bersaiz 16x21cm
Sesuai untuk bungkus pencil case, phone pouch dan purse

Plastic self adhesive saiz 30x31cm
Plastik 30x36cm
Bahagian dalam saiz 30x31cm
Sesuai untuk letak produk bersaiz lebih kurang A4

Macam-macam saiz ada tu.
Harganya korang boleh rujuk kat SINI

Order direct kat asma-felt-box.com

Atau whatsapp saya 018-379 8330
Saya online pada11pagi hingga 4ptg
Sabtu dan Ahad cuti

Selamat berpuasa dan jangan lupa bangun sahur tau.

Wassalam..
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Video : Timelapse Perler Beads Cute Skull

Salam..

Perler Beads ni senang je..
Susun-susun dan iron..

Ralit tau menyusun ni.
Time penat-penat tu, rasa cam terapi duk menyusun warna-warna ni..

Jom tengok saya menyusun..
Nak buat skull yang kiyut dan girlie gitew..



Kiyut kan..
Nak buat pelapik mug..

Saya guna perler beads putih, hitam dan striking pink.
Dapatkannya kat asma-felt-box.com

Wassalam..
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Waiting for Ramadhan

Salam..

Tak lama dah nak masuk bulan puasa..
Sepanjang bulan puasa ni saya tak amik order handmade sehingga la habis saya beraya.

Order craft supply masih pos setiap hari seperti biasa..
Cuma akan kurang aktif ber-online..
Mungkin masa korang whatapp tu saya tak available..

Bulan puasa kali ni saya plan nak jahit semua kain yang berlonggok kat almari tu.
Salah satu hobi saya beberapa tahun kebelakangan ni ialah beli kain..
Tapi tak jahit..

Biasanya baju saya semua ibu atau adik yang jahit..
Saya tak mahir jahit pakaian..
Saya mudah keliru time menjahit dan boring jahit benda yang lambat siap ni..

Memandangkan dorang banyak order yang nak dijahit, maka saya tak
mau la menambahkan beban mereka dengan kain pasang saya yang berlambak ni..
Konon-konon nak jahit, namun angan-angan tinggal angan-angan..

OLeh itu bulan puasa ni saya nak cuba jahit semua 23 pasang kain pasang tersebut.
Agar boleh beli kain yang baru..

Sebenarnya tiap kali pergi shopping, rambang mata tengok kain-kain yang lawa-lawa tu..
Nak beli; tapi rasa malu pula kat Cik Abang..
Sebab kain-kain lain tu tak berjahit pun; lagi nak beli yang baru..

Saya suka bulan puasa..
Kehidupan lebih tersusun dengan automatiknya pada bulan puasa.
Dan masa rasa macam panjang je, walaupun banyak aktiviti yang jarang saya buat, dibuat pada bulan puasa..
Bulan bukan puasa, walaupun berpuasa tak rasa macam ni..

Haritu tengok countdown 14 hari lagi..
Harini tengok 8 hari lagi..
Rasa macam lama sangat la..
Huuuu...

Wassalam



Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Video : Making Plastic Shrink Craft

Salam..

Saya try satu craft baru ni..
Seronok la pulak..

Nama dia Plastic Shrink Craft.
Plastik dia kita lukis comel-comel apa-apa je yang kita nak.
Kemudian bakar dalam oven sekejap pastu dia pun jadi kecik..
Kiyut giler time mengecik tu.. XD

Ni video dia:



Syok kan..
Tu la..
Nak buat banyak lagi tapi takde idea nak lukis apa plus memang tak reti lukis.

Cara baking saya tak tunjukkan dalam video tu..
Tengok kat video bawah ni:



Pastikan lapik dengan baking paper atau kertas timah atau kotak..
Saya guna kertas timah..

Kat mana nak dapatkan plastik Shrink ni?
Beli je kat http://asma-felt-box.com/products/plastic-shrink

Ada 2 warna..
Putih dan jernih..

Lukis comel-comel tau..

Wassalam..
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Video : Tutorial Cara Pasang Kepala Zip

Salam..

Saya pernah dapat email minta pasangkan zip meter yang dorang nak order tu..
Dan dapat whatsapp juga minta tunjukkan cara nak pasang kepala zip pada zip meter..

Okay harini saya tunjukkan..
Saya dah buat dalam bentuk video bagi senang tengok..



Senang kan..

Apa kelebihan antara zip meter dan zip yang dah siap ada ukuran..
Bagi saya sebagai craft maker:

- kepala zip tu besar dan senang nak masukkan keychain
- bole potong ikot suka.. 4 inci bole.. 20 meter pun bole..
- sangat sesuai untuk buat beg, sarung kusyen, sarung mesin basuh dan sebagainya.. Untuk pakaian tak sesuai sebab besar sangat gigi dia..

Nak cari zip meter?

Dapatkan kat SINI
Ada 6 warna.. Kepala dijual berasingan..
Paling panjang 20meter ya..
Kalo nak 50meter, kene amik 20m + 20m +10m camtu..

Wassalam.. :)
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Video : Cara memasang butang balut tanpa menggunakan alat

Salam..

Saya tak gembira dengan muka blog ni..
RAsa macam bukan blog saya je..

Side bar tu tersorok sangat..
Archive pun tersorok..
Dan saiz setiap komponen atau gadget atau tak tau la apa orang panggil ni, sangat tak memuaskan hati.

Namun begitu, bila view kat phone, nampak okay je kan..
Memandangkan ramai browsing website guna phone, maka saya pun antara redha tak redha je la dengan perubahan ini..

Okay la..

Saya terlupa nak bagitau korang pasal cover button yang saya jual ni 
Atau kita panggil butang balut..
Butang yang kita balut dengan kain tu..
Kemudian taruk kat baju, lengan baju, beg dan sebagainya..

Korang nak tak butang balut yang boleh dipasang tanpa menggunakan alat?
Beli butang balut je, alat, plier, clamper apa semua tu tak perlu...
Tekan ngn jari je (tak perlu kuat pun) dan dia akan fasten dan takleh buka dah..

Kalo nak, order la kat asma-felt-box (aka saya)
Sebab memang tak perlu guna alat untuk pasang..
Saya pun lambat tahu..
Puas saya cari alat dia, tapi dah takde jual..

HAritu saja-saja nak try tekan, tengok-tengok dia betul-betul terkatup dan tak boleh buka dah..
Aku pun apa lagi, seronok la jawabnya.
Hohohoho..

Kalo tak sure camana nak buat sila tengok video ni :



Nak order, direct je kat asma-felt-box.com
Atau whatsapp saya..

APapun saya sangat galakkan korang order kat website.
Sebab pembantu saya dha sambung belajar, takde orang reply whatsapp dah la ni..
Saya la yang kene reply..

Time saya cuma available pukul 11pg-4ptg shj.
Tu pun bukan 100% standby, sebab banyak kerja lain.

Oleh itu, jika korang jenis shopping malam, sangat digalakkan order kat website..
Don't worry, hari-hari saya check dan pos..
JAdi takde masalah tertinggal..
Kalo risau sangat, bole hantar reminder kat whatsapp..

Jom kita membalut butang.

Wassalam..
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan