Selamat Hari Natal

Salam..

Selamat Hari Natal kepada kawan-kawan yang beragama Kristian.


Saya tengah list-kan barang-barang kraf kat website baru.
Sekarang baru siap list ribbon polkadot.

Akhir bulan satu nanti website yang sedia ada ni akan expired, jadi kene cepat-cepat la pindah ke website baru.
Penatnyaaa...

Website baru ni dah dibina pada bulan 8 lagi.
Ingatkan sempat launching pada 1 Januari 2019.
Tapi nampaknya tak sempat.
Ada 5 hari je lagi :(

Ini website temporary terbaru saya : https://asmafeltbox.com/store
Address ni mungkin akan ditukar nanti (atau tak..)
Tapi jangan drop order lagi tau.
Belom siap lagi.

Saya kene pindahkan data order dan customer dulu.
Point korang pun akan saya masukkan nanti.
Plan asalnya bulan 12 ni la masukkan data tu.
Tapi tak sempat pulak. Hahaha..

Saya tak sangka ada baby ni kehidupan jadi kelam kabut sikit.
Sebenarnya tak kelam kabut pun kalau saya cuma habiskan masa dengan baby.
Tapi bila nak start niaga balik, jadi tak berkesempatan pula kerana lebih utamakan baby.
Hahaha...

Bila ada masa terluang, saya tido..
Maklum la tak cukup tido..

Tak sangka pula kehidupan dengan bayi macam ni..

Tak, saya tak merungut.
Saya enjoy dengan kehidupan baru ni.
Kehidupan seorang ibu.
Cuma saya rasa bersalah kat blog ni, kat whatsapp, kat instagram dan kat facebook.
Kerana tak sempat update apa-apa..

Jualan pun makin perlahan..
Punca utamanya saya lambat jawab whatsapp.
Tak apa la rezeki peniaga lain in shaa Allah.

Baru tulis sampai sini, baby dah memanggil-manggil.
Suami ni pandai juga.
Saya letak baby kat luar, bila baby memanggil-manggil dia bawa masuk baby dalam bilik.
Main seminit dua pastu keluar.
Baby tu dia tinggal..
Alahai, bagi la can kita update blog dulu.

Erm.....

Baru saya faham kenapa craft maker yang saya follow dah stop berblog bila jadi mak.
Tak sempat.
Saya pun macam tu la gamaknya..

Apapun saya sayang sangat dunia blog.
Start berblog pada 2009.
Nak masuk 9 tahun berblog tu.
Nampak sangat dah tua kan.
Hahaha...

Kalau dulu blog ni personal macam diary.
Lama kelamaan saya fokus pada kraf aje.
Benda-benda peribadi saya kurangkan, takut pembaca boring pula nanti.

Saya ada senarai post yang nak ditulis dalam blog.
Tapi masa pula mencemburui diriku.
Bila ada masa nak tulis, mood pula dah hilang sebab rasa macam lama sangat dah..
Sebenarnya bole je tulis kan...

Okay la,
Saya nak sambung listing kat website baru.
Banyak lagi barang tu dalam 100 barang lagi.

Saya mesti kuat. Saya mesti kuat.

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Restocked Craft SUpply : Ladybug Kayu

Salam..

Barang yang dah lama takde kini restocked
Apakah itu...?

Ladybug Kayu
Ladybug Kayu!

Inilah gambar ladybug kayu idaman kalbu itu..

Ladybug besar sebelah kiri tu memang ada stok sentiasa..
Ladybug kecil sebelah kanan tu la dah lama takde, sekarang baru restock..

Ladybug ni saya suka tampal kat felt pillow, purse, pencil case dan busy book..
Dah ada yang kecil ni bole la buat hiasan ladybug satu family..
Cute kan..

Nak order cam biasa la kat website asma felt box.
Tak pun whatsapp je..

Wassalam..
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Warna Acrylic Felt Baru

Salam..

Siapa suka guna acrylic felt?
Hahaha.. Sama la kita..

Ada berita baik tau..
Kini acrylic felt ni ditambah dengan 10 warna lagi..
Warna acrylic felt yang available..
 Kalo tengok kat gambar di atas, warna yang saya tambah ialah :

Tone Coklat.
Warna coklat ni penting juga untuk buat pelbagai jenis bear, bunny, kitty, doggy, dan haiwan2 comel lain.

Tone Cream.
Warna cream ni juga ada yang pucat, biasa dan pekat.
Penting juga ni untuk buat warna kulit anak patung..

Tone Kuning.
Memandangkan sebelum ni cuma ada satu orange dan satu kuning, maka saya tambah lagi beberapa warna untuk memeriahkan majlis.

Pale pink tu requested by my regular customer.
Dia selalu buat bunga felt dan nak pink yang lebih pucat ala-ala putih gitu,

Tone Green
Warna mint tu lawa la.. 
Striking green pula saja tambah nak geng ngan striking pink.

Carta warna acrylic felt
Ni carta warna acrylic felt yang dah saya siapkan..
Rasa geram je nak tambah lagi 3 tempat kosong tu, tapi tak jumpa warna yang sesuai..

Warna ni semua available tau..
Kalo habis pun akan sentiasa restock.

Order kat website asma felt box cam biasa.
Nak whatsapp pun bole

Wassalam...
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Disember Giveaway!

Klik gambar untuk menyertai

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan