Craft Supply Baru : Elastic Headband untuk bayi dan kanak-kanak

Salam..

Ada barang baru dah masuk kedai.
Barang ni ramai request ni.

Haritu dah masukkan, kejap je abes..
Ni second badge pula sampai..
elastic headband
Elastic Headband ni biasa digunakan untuk membuat headband comel-comel untuk bayi dan kanak-kanak, kerana ia mempunyai tekstur yang lembut dan regangan yang tak tegang membuatkan ia sesuai dan selamat untuk kepala bayi dan kanak-kanak.

Ketebalannya 1.5cm.
Dijual dalam meter.
Harga elastic headband ni RM1.00/meter.

Korang boleh request nak semeter ke, dua meter ke, tiga meter ke..
Kemudian potong panjangnya ikut keselesaan kepala bayi atau kanak-kanak.
Orang dewasa nak pakai pun boleh je. Hehe.

Elastic headband ni didatangkan dengan 5 warna iaitu:

  • hitam
  • soft pink
  • purple
  • coklat gelap
  • biru
Boleh terus order kat SINI
Atau whatsapp saya kat 018-379 8330

Pos setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Pembayaran sebelum pukul 12 tengahari akan dipos hari yang sama.

Jangan lupa order..

Wassalam..
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Kos Pos yang Lebih Murah

Salam.

Ada satu lagi upgrade yang kitorang dah buat kat website ASMA-FELT-BOX.COM

Sebelum ni semua order saya pos menggunakan perkhidmatan Poslaju kan.
Amik masa sehari dua je dah sampai.
Ada juga sampai selepas 3 hari, tapi tak banyak; dan ia berlaku pada musim cuti / musim raya.

Kini kitorang ada berita gembira nak bagitau.

Mulai bulan July 2017 website dah upgraded dengan penghantaran baru tau.
Iaitu kos pos yang lebih murah..

Meh saya tunjukkan...

Selepas order nanti, korang checkout sehingga sampai ke Shipping Method


Kat sini korang diberi pilihan untuk menggunakan Poslaju atau Pos Malaysia

Kos penghantaran dengan Pos Malaysia lebih murah untuk barang-barang yang kecil.
Jadi korang yang order barang yang ringan-ringan dan tak urgent, bole pilih kos pos yang lebih murah ni.

Kelemahannya cuma ia lambat sikit sampai.
Semenanjung Malaysia amik masa dalam 5 hari.
Sabah Sarawak pula amik masa 8 hari.

Kene tunggu sikit la..

Jangan bimbang, kos pos yang lebih murah ni pun ada tracking number tau.
Jadi korang boleh check barang tu ada kat mana.
In shaa Allah, tak hilang..
Kalau hilang pun boleh report dan saya ada simpan resitnya.

Best tak?

Tu la kadang-kadang saya dapat order sepaket keychain dan sepaket butang.
Kos pos pula RM7.20 (semenanjung)
Kos pos lagi mahal dari barang.

Sekarang korang dah boleh jimat kalo beli barang kecik-kecik.

Kos pos tu nanti automatik ditunjukkan time checkout.
Kalau nak ubah order, tekan je back je..

Kalau dah tercheckout sepenuhnya tapi tak jadi beli, don't worry.
Maklumkan je pada saya nak cancel order.
Saya akan cancel kan tanpa tanya kenapa..

Diharap korang suka dengan upgrade ni.
Selamat bershopping!

Wassalam

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Update Kedai : Borang Pengesahan Bayaran

Salam..

Harini nak tunjuk Borang Pengesahan Bayaran ataupun saya pendekkan namanya kepada Slip Bayaran yang baru.

Ya, slip bayaran ni dah upgraded.

Borang Pengesahan Bayaran yang Baru
Selepas order dan buat pembayaran, korang terus klik "SLIP BAYARAN" yang kat menu bar tu (bulatan merah)

Kemudian isi:

  • email address
  • Order ID (kalau tak jumpa, boleh check kat email. Ataupun pergi kat "Account". Kat situ ada order history dan tengok nombor order korang.
  • Ni yang baru;
    • Attachkan slip transaksi yang korang amik gambar atau screen shot.

In case tak ada atau terlupa screen shot; takpe, jangan bimbang.
Boleh abaikan.
Nanti sebelum pos saya akan check transaksi tu

Yang tak ada slip transaksi tu, cuma isi bahagian yang seterusnya iaitu:

  • Jenis Bank
  • Jumlah bayaran
  • Tarikh bayaran
Ruangan Baki tu wajib isi ya..
Sebab saya takut terlepas pandang, terutama pada hari yang banyak order.

Semoga Slip Bayaran yang baru ni lebih memudahkan korang..

In case ada apa-apa masalah atau kesusahan, hubungi je saya.

Boleh whatsapp ke 018-379 8330 atau klik Chat Box kat bawah (kat website)

Kepada korang yang bayar melalui Billplz, tak perlu isi borang kat atas.
Notification dorang hantar automatic kepada saya.

Selamat bershopping!

Wassalam..
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Video : Timelapse PErler Beads Making Hamtaro

Salam..

Siapa yang follow saya kat facebook pasti dah tengok video timelapse saya buat perler beads hamtaro

Hamtaro ni one of my favorite zaman remaja dulu..
Comel sangat..

Pada hari Ahad haritu, saya buat hamtaro ni sekeping..
Tak sabar nak bagi siap..



Lepas ni nak buat apa ek..
Ingat nak buat juga kawan-kawan dia yang lain...
Dua orang (ekor kot) kawan dia pun dah buat haritu..
Pashmina dan Cappy..

Nak buat yang lain takde masa, dah malam.. Haha..

http://asma-felt-box.com/collections/pixel-beads

Wassalam..
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pengumuman Cuti

Salam.


Saya nak balik raya minggu..
Huhu.. Orang lain dah abes beraya, kita baru nak balik.

Oleh itu dimaklumkan pos terakhir ialah pada RABU (5hb July).
Khamis saya balik kampung sehingga Selasa minggu depan.
Pos seterusnya ialah pada RABU minggu depan (12 July).

Dalam tempoh cuti ni saya tak online tau.

Korang boleh terus order kat website ASMA-FELT-BOX.COM
dan buat pembayaran seperti biasa.

Rabu minggu depan saya terus packing dan pos.

Wassalam
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Selamat kembali ^_^

Salam..

Selamat kembali bekerja/bersekolah.
Camana raya? Banyak dapat duit raya?

Sebulan juga saya berehat, tak aktif sepanjang Ramadhan, namun begitu order kain felt dan craft supply lain masih juga pos setiap hari. Cuma order handmade sahaja la yang ditutup.
Memang nak rehat je..

Lepas habis raya ni, rasa cam malas pula nak start balik.
Hahahaha...
Ape ni?
Mana bole camni..?

Di akhir-akhir bulan puasa, saya buka balik kotak benang kait dan mula mengait..
Lepas tu...
Erm...
Tak boleh berhenti la pulak..
Lepas satu, satu saya kait...
Sekarang saya masih lagi excited nak mengait. Haha..

Mengait atau nama orang putihnya crochet ni sebenarnya lebih penat dan lebih lama nak disiapkan berbanding felt craft.
Namun begitu, kelebihan dia ialah crocheting ni tak bersepah-sepah felt.
Nak buat felt craft perlu banyak bahan, dari pensel, pembaris, kertas kain felt pelbagai warna dan prosesnya pun banyak juga. Lepas siap tu bersepah, kene kemas..
Crochet ni tak macam tu. Cuma benang dan jarum kait je, lepas tu duduk la mana-mana pun bole sambung mengait.

Mana yang lebih saya suka?
Erm... dua dua suka. Hahaha...

Shrink plastik craft pun saya ada juga buat, tapi korang pun tau kan, saya ni mana la pandai melukis.
Setiap kali siap satu benda kan, mesti saya rasa sedih, sebab buruk sangat.
Nak tunjuk pun malu.
Dah siap beli dah marker pelbagai warna (yang mahal juga la), sekali buat beberapa keping dah taknak..
Saya nak cuba lagi, tapi rasa kecewa je tengok hasil kerja tangan sendiri..

Bagi saya bertenang dulu dengan crochet, nanti sambung buat shrink craft.
Chaiyuk2.

Shrink craft ni banyak benda yang boleh dibuat dengannya..
Boleh buat loket, charm, keychain, fridge magnet, bookmark dan macam-macam lagi la..
Banyak betul idea dalam kepala saya ni, namun kebatasan bakat melukis membuatkan saya menangis di bucu katil melihat hasilnya.. sobs sobs..

Eh, sebenarnya saya nak cakap pasal lain..

Okay,

Sepanjang cuti raya, saya godek-godek website dan blog.
Blog ni dah ditukar template lagi..
Haritu bukan main lagi saya decorate blog ni cantik-cantik.
Lepas dah puas hati tu, baru terfikir dan check kelajuan blog.
Sekali amik kau, perlahan giler..
Huwaaaaa....

Takde makna la lawa tapi perlahan kan.. T___T
Akhirnya tukar lagi template dan letak widget seminimum yang mungkin..
Ni pun rasa dah habis minimum dah..
Facebook widget tu, walaupun nampak menyibuk, namun ia sangat penting untuk tunjuk my daily updates, memandangkan saya pun dah jarang update blog.
Kalau dulu, hari-hari update kan?
Sekarang ni seminggu sekali je kot..

Blogpost pun saya letak 4 je.
Sebenarnya saya paling suka yang ada satu je blogpost kat muka depan.
Tapi tak jumpa template yang macam tu..
Kalau ada pun, tetap ada"read more" kat bawah..
Saya tak suka benda tu.
Kalau bole saya nak bagi pembaca buka blog ni dan terus baca entry terbaru sahaja.
Kemudian bole pilih nak baca entry sebelumnya dengan tekan "older post"

Saya lebih suka simple macam tu.
Tapi dunia sekarang ni tak suka simple-simple.
Semua benda nak dirumitkan.. :/

Seterusnya website pula..
Logo gadis muslimah (saya la tu kononnya) tudah dikeluarkan, cuma tinggal tulisan sahaja.

Kategori bahan kraf pun dah dipindahkan di sebelah kiri, diharap senang korang nak cari bahan-bahan yang diperlukan.
Kat menu atas tu pun masih ada katgori, cuma saya compilekan dalam satu link je.
Tujuannya, paparan kat phone tak nampak kategori sebelah kiri tu.
Oleh tu, saya taruk juga function yang sama dekat menu, kalo tak susah juga nak order melalui phone.

Kemudian ada satu ruangan INFO, kat situ ada saya tulis cara nak order, nak bayar dan sebagainya.
Cara order tu belum update lagi. Saya nak cuba buat video. Mungkin lebih mudah nak faham.. :)

Slip Bayaran pun saya letak kat menu juga, in case korang tak nampak kedudukan dia kat bawah tu.
Ada berita gembira tau, slip bayaran dah upgraded.
Kini korang bole attachkan gambar resit atau screenshot bukti pembayaran kat slip bayaran.
Yay!

Last sekali tutorial.
Tutorial ni function baru. Saya baru masukkan beberapa video tutorial yang saya buat sebelum-sebelum ni.
Baru ada 6 tutorial.
Saya perlu luangkan masa buat video baru atau tulis tutorial baru.

Tu kene tunggu ada mood.
Sekarang ni tengah mood berkrocet. Haha..

Okay, itu je update untuk hari ni..

Wassalam..

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan